KAMI MEMERLUKAN TAJAAN INFAK IFTAR RAMADHAN UNTUK PELAJAR YATIM & ASNAF 


Nabi bersabda,


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya

pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) 



Adakalanya, pelajar  hanya berbuka dengan hidangan mi goreng 


Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka berbuka puasa semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Pada masa ini, Madrasah Darul Ulum Az-Zuhri yang terletak di Bukit Kuching,Jeram Selangor menampung seramai 20 orang pelajar dari berumur 11 ke 16 tahun. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa setahun sahaja! Mashallah

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di Madrasah Darul Ulum Az-Zuhri yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.


Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.


DI BULAN RAMADHAN YANG BARAKAH INI, BERSAMA KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :

TAJA SEMUA PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM300

TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150

TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75

TAJA 2 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30

TAJA 1 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.


DUAZ BUKIT KUCHING

MAYBANK

5621 3352 6811



LOKASI KAMI:

Madrasah Darul Ulum Az- Zuhri

Lot 3554, Jalan Melati,

Pekan,45800 Jeram Selangor D.E


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60178486062 Ustaz Zuhri Pengerusi 




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA SEMUA PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM300
TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM150
TAJA 5 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM75
TAJA 2 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM30
TAJA 1 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN