Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua yang banyak membantu kami menjayakan pro jek pembinaan darul ulum az-zuhri fASA KEDUA ( Musolla & 8 bilik kelas pengajian kitab )

...



MEMERLUKAN RM630 RIBU BAGI PEMBINAAN FASA KEDUA  KOMPLEKS DARUL ULUM AZ-ZUHRI

 

JANJI ALLAH PADA MEREKA YANG BERSEDEKAH

مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَٰلَهُمْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍۢ مِّا۟ئَةُ حَبَّةٍۢ ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ ۗ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٢٦١

Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah , ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.

.

Mengenali Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching ( DUAZBKC )


Maahad Tahfiz Darul Ulum Az-zuhri adalah sebuah Institusi Pengajian Islam dan Tahfiz bagi peringkat Pendidikan Rendah dan Menengah. Sekolah ini terdiri daripada pelajar fakir miskin dan anak yatim DLL yang dipilih kerana potensi akhlak dan sikap untuk belajar serta membina taraf kehidupan yang lebih baik pada masa depan.


Sekolah ini ditubuhkan sejak tahun 7/7/2017 dengan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor   




.

Jika tuan puan perhatikan, ruang pembelajaran untuk para pelajar di Darul Ulum Az-zuhri  tidaklah begitu kondusif dengan ruangan yang agak sempit. Tambahan pula kami akan menampung lebih banyak pelajar pada masa akan datang.

Alhamdulillah, pada tahun 2020, dengan berkat wakaf & sumbangan tuan-tuan & puan-puan semua pihak duaz telah berjaya membeli sebidang tanah berkeluasan 1 ekar di Kampung melati pekan bukit kuching jeram selangor  bagi membina Kompleks Darul Ulum Az-zuhri bukit kuching.


Kompleks ini merangkumi:

  1. Bangunan Sekolah Bagi Aliran Tahfiz dan Aliran Alim (Pengajian Islam Turath)
  2. Pejabat Guru dan Masjid/surau
  3. Asrama Pelajar
  4. Dewan Rasmi bagi kegunaan sekolah dan orang ramai bagi majlis ilmu



(Gambaran arkitek bagi bangunan Kompleks Darul Ulum Az-zuhri Bukit Kuching )



Kami menjangkakan pembinaan Kompleks Pengajian Darul Ulum Az-zuhri Bukit Kuching  ini dapat disiapkan pada SEPTEMBER 2024 dan boleh digunakan pada november 2024. Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan dapat menyumbang dalam usaha kami untuk menyediakan tempat pengajian yang kondusif buat anak-anak Darul Ulum Az-zuhri ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa-jasa tuan dan puan.


PROGRESS TERKINI
Alhamdulillah, Keadaan tanah sudah siap ditambun dan stabil bagi pembinaan kekal, berkat hasil sumbangan para dermawan yang menelan belanja lebih RM170,000


Proses pembinaan yang telah disiapkan setakat ini


1) Proses pailing 





2) Proses footing & Konkrit lantai









BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?

Mudah saja caranya;

  1. Pilih pakej sumbangan yang anda mahu
  2.  Klik pada pakej 
  3. Anda akan dibawa terus ke 'payment gateway' untuk sumbangan secara online banking


atau menyumbang secara manual ke


NAMA AKAUN: DUAZ BUKIT KUCHING

MAYBANK

NOMBOR AKAUN: 5621 3352 6811
dengan DUAZ BKC

sebarang soalan boleh hubungi kami di  +60 17-848-6062 (Ust Zuhri)

.

Sesungguhnya sumbangan tuan puan amat berharga dan menjadi saham akhirat buat kita semua.

Sabda Nabi SAW: "Apabila mati seorang manusia, terputus daripadanya amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu dimanfaatkan dengannya atau anak soleh yang mendoakan baginya". (Hadis riwayat Muslim).

TERIMA KASIH  


PENAFIAN:
Bagi pembayaran mengunakan payment gateway BillPlz,  
cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
Sumbangan anda akan diagihkan kepada kumpulan sasaran serta menampung kos pengurusan.
Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi : 
i)   +6017-848-6062   (Ust Zuhri)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Seikhlas hati
Tajaan Operasi RM30
INFAQ - RM10
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN