DEMI NAK BERJIMAT, ADAKALANYA MI GORENG MENJADI HIDANGAN UTAMA MEREKA SEHARIAN!!
Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching, Jeram Selangor agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dan dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak sehinggakan kami disini hampir buntu memikirkan kos operasi di sini termasuk makan minum pelajar.
"Bajet makanan pun terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari !! untuk setiap para pelajar. Adakala dihadkan lagi sehingga mereka terpaksa berkongsi makanan"
Di sini ada di antara pelajar dari anak yatim & asnaf yang kami tanggung sepenuhnya demi memastikan mereka tetap berjaya mengejar cita-cita mereka untuk menjadi hafiz Al-Quran yang berjaya
Kami di Madrasah Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching, Jeram Selangor sekarang menampung hampir 20 orang pelajar lelaki dari berumur 11 ke 16 tahun, disini pelajar di beri makan minum sarapan,tengah hari dan malam untuk yang berasarama.Dengan keadaan harga barang mentah naik,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pelajar kami,kami kalau boleh tidak mahu culas dari segi menyediakan makanan untuk mereka.Keadaan sekarang ini bebetul memberi kesan kepada kami.Dalam 20 org pelajar ini ada juga dari mereka yang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Darul Ulum Az-Zuhri agar kami dapat terus melahirkan pelajar Tahfiz Al Quran dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!
INFAQ SEMUA 20 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM300
INFAQ 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
INFAQ 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
INFAQ 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
INFAQ 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
DUAZ BUKIT KUCHING
MAYBANK
5621 3352 6811
LOKASI KAMI:
Madrasah Darul Ulum Az- Zuhri
Lot 3554, Jalan Melati,
Pekan,45800 Jeram Selangor D.E
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60178486062 Ustaz Zuhri Pengerusi