‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”

(Hadith riwayat Muslim)


Alhamdulillah, berkat pertolongan anda semua, pihak tahfiz Darul Ulum Az Zuhri Bukit Kuching sudah 80% selesai pembangunan madrasah. Kami hanya memerlukan lagi 20% daripada jumlah keseluruhan pembangunan RM800,000.
Alhamdulillah pihak kami sudah membelanjakan sebanyak RM640,000 daripada sumbangan tuan dan puan yang ikhlas ingin melihat tahfiz ini beroperasi sepenuhnya pada tahun ini, iaitu tahun 2025 yang boleh memuatkan 150 pelajar serta akan dibuka untuk orang umum selepas ini. Pembangunan tersebut di alamat Lot 3554 Jalan Melati, Pekan Bukit Kuching 45800 Jeram, Selangor.



Antara yang sudah kami belanjakan adalah

1. SYILING RM9000
2. KIPAS RM5000 
3. AIRCOND 6 unit RM21,000
4. CAT , SHELLAC UPAH  RM8,000
5. TEMPAT WUDU KIRI DAN KANAN SURAU RM18 000 
6. KARPET BAHAGIAN ATAS RM17,000




Terima kasih atas sumbangan tuan-tuan dan puan-puan semua yang banyak membantu kami menjayakan projek pembinaan darul ulum az-zuhri fasa terakhir ( Musolla & 8 bilik kelas pengajian kitab )

...



MEMERLUKAN RM160 RIBU BAGI PEMBINAAN FASA TERAKHIR  KOMPLEKS DARUL ULUM AZ-ZUHRI

 

Bayangkan pahala yang berterusan sehingga kita di alam barzakh, bila mana kita membina masjid di dunia dengan sedekahkan apa yang kita mampu?

Surau yang dibina di dalam tahfiz ini akan menjadi saham dan amal jariah kita di akhirat?




Ertinya: "Apabila anak adam (manusia) telah meninggal dunia, maka terputuslah amalnya darinya, kecuali tiga perkara, yaitu sedekah jariyah (sedekah yang pahalanya terus mengalir), ilmu yang bermanfaat, atau anak saleh yang selalu mendoakannya." 

(HR Muslim No. 1631).

.

Mengenali Darul Ulum Az-Zuhri Bukit Kuching ( DUAZBKC )


Maahad Tahfiz Darul Ulum Az-zuhri adalah sebuah Institusi Pengajian Islam dan Tahfiz bagi peringkat Pendidikan Rendah dan Menengah. Sekolah ini terdiri daripada pelajar fakir miskin dan anak yatim yang dipilih kerana potensi akhlak dan sikap untuk belajar serta membina taraf kehidupan yang lebih baik pada masa depan.


Sekolah ini ditubuhkan sejak tahun 7/7/2017 dengan kebenaran dari Jabatan Agama Islam Selangor   


Alhamdulillah, pada tahun 2020, dengan berkat wakaf & sumbangan tuan-tuan & puan-puan semua pihak duaz telah berjaya membeli sebidang tanah berkeluasan 1 ekar di Kampung melati pekan bukit kuching jeram selangor  bagi membina Kompleks Darul Ulum Az-zuhri bukit kuching.


Kompleks ini merangkumi:

  1. Bangunan Sekolah Bagi Aliran Tahfiz dan Aliran Alim (Pengajian Islam Turath)
  2. Pejabat Guru dan Masjid/surau
  3. Asrama Pelajar
  4. Dewan Rasmi bagi kegunaan sekolah dan orang ramai bagi majlis ilmu



(Gambaran arkitek bagi bangunan Kompleks Darul Ulum Az-zuhri Bukit Kuching )



Kami menjangkakan pembinaan Kompleks Pengajian Darul Ulum Az-zuhri Bukit Kuching  ini dapat disiapkan pada tahun 2025 dan boleh digunakan sepenuhnya untuk memuatkan 150 pelajar. Oleh itu, kami amat berbesar hati jika tuan puan dapat menyumbang dalam usaha kami untuk menyediakan tempat pengajian yang kondusif buat anak-anak Darul Ulum Az-zuhri ini. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa-jasa tuan dan puan.


PROGRESS TERKINI






update terbaru pembangunan














BAGAIMANA TUAN PUAN BOLEH MEMBANTU ?


Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.  


DUAZ BUKIT KUCHING

MAYBANK

5621 3352 6811



LOKASI KAMI:

Madrasah Darul Ulum Az- Zuhri

Lot 3554, Jalan Melati,

Pekan,45800 Jeram Selangor D.E


Maklumat tambahan:

1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkan kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan pada masa hadapan.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60178486062 Ustaz Zuhri Pengerusi 


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
INFAQ - RM100
INFAQ - RM50
INFAQ - RM 20
INFAQ - RM10
WAKAF/INFAQ IKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG